Imam-Imam Qiraat

Dalam rangka memberi penghargaan kepada imam-imam qiraāt, dan untuk memudahkan ingatan, maka nama-nama mereka diabadikan pada qiraāt mereka masing-masing, seperti qiraāt Nāfi’, qiraāt Ibn Kāthīr, dan sebagainya. Akan tetapi, hal ini bukan bererti mereka sendiri yang menciptakan qiraāt tersebut. Qiraāt yang mereka gunakan itu tetap bersumber dari Rasulullah s.a.w., melalui talaqqī (penerimaan secara langsung) kepada generasi-generasi sebelumnya.Para imam qiraāt tersebut sudah tentu mempunyai murid yang ramai yang meriwayatkan dan meneruskan qiraāt guru-gurunya hingga sampai kepada kita sekarang ini. Namun, dalam dunia qiraāt, hanya diambil dua orang perawi sahaja dari imam qiraāt masing-masing.Adapun, imam-imam qiraāt yang masing masing disertai dengan dua orang perawi adalah seperti berikut:1 Nāfi’Nama penuh Imam Nāfi’ ialah Nāfi’ bin Abd al-Rahmān bin Abū Nu’aim al-Laisī. Beliau dilahirkan pada tahun 70 H dan wafat pada tahun 169 H di Madinah.Beliau mempunyai sanad guru yang ramai, antaranya ialah Abū Ja’afar, Abd al-Rahmān bin Hurmuz, Abd al-Rahmān dari Abdullāh bin Abbās dan Abū Hurairah, dari Ubay bin Ka’ab dan Ubay dari Rasulullah s.a.w. Perawi Imam Nāfī’ ialah:QālūnNama sebenar beliau ialah Abū Mūsā Isā bin Mīnā. Beliau di gelar Qālūn kerana baik dan bagus suaranya membaca al-Qur’an. Qālūn itu berasal dari bahasa Rumawi yang bermaksud baik. Beliau dilahirkan pada tahun 120 H dan wafat pada 220 H di Madinah.WarsyNama sebenar beliau ialah Abu Said Uthman bin Said al-Misri. Beliau dilahirkan pada 110 H dan wafat pada tahun 197 H. Beliau mendapat gelaran Warsy kerana beliau adalah orang yang paling baik suaranya dan fasih lidahnya membaca al-Qur’an. Apabila beliau membaca al-Qur’an, orang datang berduyun-duyun mendengarnya, sehingga orang tidak pernah bosan mendengarnya.
2 Ibnu Kathir
Nama sebenar Ibnu Kathir ialah Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Zazhan. Beliau dilahirkan pada tahun 45 H dan wafat di Mekah pada tahun 120 H.
Ibnu Kathir mempelajari al-Qur’an dan qiraat dari Abi al-Saib, Abdullah bin Saib, Mujahid dan lain-lain. Ibnu as-Saib mempelajari al-Qur’an daripada Ubai bin Ka’ab dan Umar bin al-Khatab daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang mengambil bacaan daripada Ibnu Kathir. Terdapat dua perawi daripadanya yang termasyhur, iaitu;






3 Abu ‘Amru Al-Basri.
Beliau ialah Zabban bin al-‘ala bin Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-Husin. Beliau dilahirkan pada tahun 68 hijrah dan wafat di Kuffah pada tahun 154 hijrah. Beliau telah mempelajari al-Qur’an daripada beberapa orang guru, iaitu Abi Ja’far, Nafi’ bin Abi Naim, ‘Abdullah bin Kathir, ‘Asim bin Abi al-Nujud, dan Abi al-‘Aliyah. Abu al-‘Aliyah telah mengambil bacaan daripada ‘Umar Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, dan Abdullah bin ‘Abbas, daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Abu ‘Amru, antaranya ialah Yahya bin al-Mubarak, dan lain-lain lagi. Antara perawi yang termashur ialah al-Duri dan al-Susi.






4 Ibnu ‘Amir As-Syamī
Beliau ialah Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim. Gelaran beliau ialah Abu Imran. Beliau dilahirkan pada tahun 21 Hijrah dan wafat pada tahun 118 Hijrah di Damsyik. Beliau mempelajari Qiraat daripada Uthman bin ‘Affan daripada Rasulullah s.a.w..
Terdapat ramai yang mengambil bacaan daripada Ibnu ‘Amir. Antara perawi yang termasyhur ialah Hisyam dan Ibnu Zakwan.





5 ‘Asim Al-Kufi
Nama beliau ialah ‘Asim bin Bahdilah Abi al-Najud al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Bakar. Beliau menjadi imam qiraat di kuffah selepas gurunya Abi Abdul Rahman al-Sulami. Beliau telah mempelajari qiraat daripada gurunya, Abi Abd al-Rahman bin Abdullah al-Sulami. Abi Abd al-Rahman mengambil bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin ‘Affan ‘Ali bin Abi Talib, dan Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Semua para sahabat iaitu Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w..Beliau telah wafat pada tahun 127 Hijrah.
Ramai yang telah mengambil bacaan daripada ‘Asim. Antara perawi yang paling masyhur ialah Syu’bah dan Hafs.





6 Hamzah Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Habib bin ‘Immarah. Beliau merupakan Imam Qiraat di Kuffah selepas kewafatan Imam ‘Asim. Beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah dan wafat pada tahun 156 hijrah di Kufah. Beliau mempelajari Qiraat daripada Abu Muhammad Sulaiman bin al-A’masy daripada Abu Muhammad Yahya bin Wathab al-Asadi daripada Abu Syibil ‘Alqamah bin Qis daripada Abdullah bin Mas’ud daripada Rasulullah s.a.w.
Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Imam Hamzah ini. Antara perawi yang termasyhur ialah Khalaf dan Khallad.






7 Al-Kisaie Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Ali bin Hamzah bin Abdullah Al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Hasan. Beliau merupakan guru qiraāt pada zamannya. Beliau sangat tahu mengenainya dan sangat dhabit tentangnya. Beliau mempelajari qiraāt secara langsung daripada Imam Hamzah sebanyak empat kali dan beliau juga mempelajarinya daripada Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar dan lain-lain. Isa mengambil bacaan daripada ‘Asim,’ dan sanadnya bersambung ke Rasulullah s.a.w. sama seperti sebelum ini.





8 Abu Ja’far Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Yazid bin al-Qa’qa’ al-Makhzumi. Beliau merupakan imam qiraāt di Madinah yang sangat sempurna thiqah dan dhabitnya. Beliau telah mempelajari qiraat daripada Abdullah bin ‘Abbas, dan Abu Hurairah. Mereka mempelajarinya dari Ubay bin Ka’ab. Ubay bin Ka’ab mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w.
Ramai yang merawikan qiraāt daripadanya, antaranya ialah Nafi’ bin Abi Naim, Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, Abu Amru bin al-‘Ala’, dan lain-lain lagi. Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu ‘Isa bin Wardan dan Sulaiman bin Jammaz.






9 Ya’qub Al-Basri
Nama sebenar beliau ialah Ya’qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq. Gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan salah seorang dari qurra’ sepuluh. Beliau mengambil bacaan daripada Abi al-Munzir Salam bin Sulaiman, Abi al-Asyhab Ja’far bin Hayyan dan lain-lain. Salam mengambil bacaan daripad ‘Asim al-Kufi dan daripada Abu Amru.
Ramai yang merawikan qiraat daripadanya, antaranya ialah Abu Hatim al-Sajastani, Muslim bin Sufian, Abu Basyar Al-Qitthan, Abu Amru dan lain-lain. Perawi yang termasyhur ialah Ruwais dan Rauh.






10 Kholaf al-‘Asyir
Nama sebenar beliau ialah Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab. Beliau merupakan seorang hafiz al-Qur’an ketika berumur sepuluh tahun. Beliau mula mempelajari ilmu ketika berumur tiga belas tahun. Beliau merupakan seorang yang thiqah, zuhud dan alim. Beliau mempelajari qiraat daripada Salim bin ‘Isa dan Abd al-Rahman bin Hammad, dan mereka mengambil bacaan daripada Hamzah.
Ramai yang telah merawikan qiraat daripadanya. Antaranya ialah Wasma’a Ahmad bin Ibrahim, Ahmad bin Yazid al-Halwani, Idris bin Abdul Karim al-Haddad dan lain-lain. Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu Ishaq dan Idris.
a. IshaqNama sebenar beliau ialah Ishak bin Ibrahim bin Uthman bin Abdullah. Beliau digelar Abu Ya’qub. Beliau wafat pada tahun 286 Hijrah.